Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Minggu Kedua

Assalammualaikum. 

Pada minggu kedua iaitu 19/9/2018 bersamaan hari rabu, saya telah diberikan tugas bersama dengan kumpulan saya untuk membuat asas grafik dengan memilih gambar melalui majalah. Gambar yang dipilih mestilah mempunyai lima asas grafik. Terdapat lima bentuk asas grafik iaitu teks, mudah, kesesuaian, warna, dan keseimbangan. 

Sewaktu melakukan tugas tersebut, terdapat beberapa syarat yang harus diikuti. Antaranya, memastikan ukuran lubang untuk di ikat menggunakan reben adalah sama saiz. selain itu juga, saiz mounting board bagi kiri dan kanan juga mestilah sama saiz ukurannya supaya gambar tersebut kelihatan cantik. Mounting board juga mestilah bersaiz A4. Seterusnya, selepas siap kesemuanya,saya dan ahli kumpulan perlu menangkap gambar setiap kerja dan dipostkan di media sosial iaitu "instagram". Akhir sekali,kerja tersebut mestilah dihantar pada pukul 2:00 petang bertarikh 19/9/2018.








BBM3410/18: Minggu Pertama

Assalammualaikum.

Pada minggu pertama kuliah saya bertarikhkan 12/9/2019 bersamaan hari rabu, saya telah diberikan penjelasan mengenai subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. Dalam kuliah tersebut telah menjelaskan mengenai rangka tugasan. Di mana, 80% diberikan untuk praktikal dan 20% pula diberikan untuk peperiksaan akhir. 

Selain itu, saya diminta untuk membeli buku untuk tujuan kuliah. Buku tersebut bertajuk 200 Quotes dan Boom with Social Media. Akhir sekali, saya diminta untuk membeli barang-barang keperluan asas grafik untuk minggu hadapan. Seperti gunting, gam uhu stik, pisau kecil, majalah terpakai, enam keping mounting board bersaiz A4 dan sebagainya.

BBM3410/18: Mengenai Dini

Assalammualaikum. Salam perkenalan dari saya buat semua. Sebelum saya mulakan cerita tentang saya, saya akan menyediakan terlebih dahulu biodata saya.

Nama        : Nur Dini Shuhadah Binti Baharuddin.
Umur        : 23 tahun.
Tempat Lahir: Perak.
Tinggal     : Johor Baharu.

Saya lebih dikenali sebagai "Dini" di kalangan sahabat-sahabat saya. Saya dilahirkan di Perak Darul Ridzuan dan tinggal di Johor Baharu. walau bagaimanapun,saya seorang yang hidup berpindah randah disebabkan oleh pekerjaan ayah saya yang memerlukan saya untuk pindah. Jadi untuk tahun 2018 ini, saya dan keluarga telah berpindah ke johor. selain itu juga, saya sekarang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan pelajar tahun akhir bagi semester ini. Insyaallah jika tiada apa-apa, saya akan bergraduasi pada tahun 2019. Akhir sekali, saya seorang yang suka berkawan.

Terima kasih kepada anda semua sebab sudi baca tulisan saya yang tak seberapa ini. Posting ini disebabkan oleh tugasan saya dalam subjek BBM3410. Saya berharap, selepas ini penulisan saya akan lebih baik. 

BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...