Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Kelas Online

Assalammualaikum

Hai semua.

Ok la tugas online yang saya dan kawan kelas kena buat adalah dengan merakam video sendiri semasa buat adobe photoshop.

Dalam video tersebut diwajibkan untuk saya menunjukan cara-cara buat kalender. 

Jadi jom la pakat ramai-ramai tonton.

Hehe.


Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: KAKI WAYANG

Assalammualaikum. Hai semua.



Aku nak sembang sikit la.

Aku ne orangnya suka tengok movie.

Tak kira la apa movie. semua aku layan.

Dulu sebelum aku belajar.

Hari-hari aku dan abang aku layan movie dekat wayang.

Sampaikan orang jual tiket tu pun naik jemu tengok muka aku dan abang aku.

Tapi aku rasa dia macam prof aku REDHO.

Hahaha.

Jadi dekat sini aku nak cakap, sapa yang aku nak tangkap jadi BF aku.

Kena REDHO juga teman aku layan movie.

Hahahaha.

Gurau je. Saja nak cerita. Mana la tahu ada yang sudi nak ajak aku tengok wayang.

Lagi-lagi massing-masing rabak dengan FYP.

hehehe

Bye.

BBM3410/18: NESTUM

Assalammualaikum. Hai semua. 



Nak di pendekan cerita. Ini la makanan kegemaran aku masa sibuk buat kerja.

Bila malas nak keluar beli makanan, aku akan makan nestum ne.

Tak cukup satu, aku WAJIB ambil dua.

Hahahahahha 😄

Bukan aku malas nak keluar tapi nak jimat masa.

aku akan lebihkan kepada siapkan kerja dulu baru makan.

Lagi-lagi kalau masa aku memang ada kelas petang.

Jadi pagi tu ambil la nestum ne.

Ok apa motif aku cerita?

Saja nak bagi tahu. Supaya yang membaca itu boleh la belikan untuk aku.

Hahaha

Jimat duit dan satu lagi, orang kata makan benda FREE cepat kenyang.

Hohoho

Sampai sini saja ye. Bye semua.

BBM3410/18: MINGGU 9

Assalammualaikum. Hai semua.

Ok minggu 9 ne aku n kumpulan aku dapat kerja baru lagi.

Makin nak habis, makin banyak prof aku bagi kerja.

Oh prof. Tolong la hentikan untuk bagi saya bersosial di media sosial. MALUUUUUU 😥

Yang terbaru ni, kami kena buat video lagi. VIDEO lagi.

Video yang kami kena buat adalah bentuk one shot two layer. 😂

Dah la aku ne pemalu. Tapi seperti kata prof, "REDHO".

Jadinya, aku pun redho. Haha.

Nantikan video kedua kami. Hehe

Bye semua. 




Thursday, November 8, 2018

BBM3410/18: KURUS

Assalammualaikum..

Hai semua. Ada sapa-sapa tahu tips nak kurus tak?

Hahahaha

Aku tak nak makan detox apa semua itu.

Aku nak secara tradisional tapi berkesan.

Hehehehe.

Lagi satu aku nak yang boleh makan semua tapi boleh kurus.

Ada tak? HAHA

Kalau ada sila DM tepi. 

Khakhakha

Ok la bhai semua. itu sahaja dari aku. Jom kita cari tips kurus sama-sama.

Bhai.



BBM3410/18: PERISTIWA

Assalammualaikum semua..



Ok la aku nak cerita sikit dekat sini.

Dua hari lepas aku kena teman sorang kawan aku untuk pergi ke Hospital Serdang.

Cerita dia bermula seperti ini, mula-mula dia ajak aku teman pergi PKU je sebab dia tak sihat tapi tak sangka pula dia dapat surat dari PKU untuk pergi ke hospital serdang.

Waktu tu perasaan aku n kawan aku lagi sorang tu punya la debar sebab risau apa yang jadi. Kami saling berpandangan sebab cuak. Pergi sana pun terus ke Wad Kecemasan. Woo sapa je tak cuakkan? tambahan lagi, kawan kau kod dan kau pulak driver dia. Lagi la aku cuak.

Lepas itu, sampai je dekat sana, kawan aku kena lalui pelbagai proses. Seperti ambil darah. Mula itu, aku boleh tenang lagi sebab bagi aku adat la ambil darah tu. Tapi lepas fasa pertama habis, kawan aku kena lalui fasa kedua, masa itu kau tak payah cakap la. Aku terus diam jap. Sebab nak bagi masuk kejap segala maklumat dalam minda aku. 

Sambil aku tunggu sambil itu la aku perhati orang yang ada. Pelbagai ragam wei. Ada sakit ini, ada sakit itu. Dekat situ je aku mula fikir, apa perasaan setiap pesakit itu? Adakah sedih? Gembira? Hampa? Redho? atau KOSONG?

Hingga la terjadi satu agenda depan mata aku. Yang buatkan aku mula tahu, dalam hidup ini tak semua yang kita sangka itu adalah satu jawapan.. Dan tempat ini la setiap jawapan itu terjawab, di mana, "Kita akan mula sedari siapa yang benar ikhlas ada disisi kita saat kita susah". 

Aku dan kawan aku tambah cuak bila kawan kau lalui pelbagai fasa. Fasa yang paling buat kami debar + cuak adalah waktu dia kena xray. Lama kami tunggu dan tak putus doa kami untuk dia, berharap semuanya baik sahaja. 

Sampai la selesai, kami dapat tahu apa punca sakit dia dan aku apa lagi, macam biasa akan mula bertanya itu dan ini sambil membebel. Sebab kesihatan itu penting. Dan aku harap kau cepat sembuh.

Lama aku tunggu dia dari pagi sampai petang, lebih 6 jam aku menanti kawan aku, dan sepanjang aku tunggu dia. Macam-macam pengajaran yang aku dapat. 

Pertama: tak semua benda yang kita nak lakukan akan jadi seperti kita nak

Kedua: setiap perasaan yang kita rasa juga tak sama dengan semua orang rasa walaupun situasi kita sama. Contohnya, ada sorang pakcik ini aku tengok dia tenang sampai aku sendiri tak dapat tembak apa sebab dia datang ke sini. Sampai la tiba-tiba kawan dia datang dan tanya "macam mana berlaku?". Terus pakcik tu cerita dia tak tahu apa keputusannya sebab anak dia masih di dalam. Dan lepas itu, baru aku tahu pakcik itu tunggu anak dia yang baru kemalangan ngeri. Dekat sini aku nampak, pakcik itu sedang berperang dengan perasan dia, mungkin dia sedih tapi dia ambil keputusan berdiam atau lebih kepada redho. Jadi setiap rasa itu, kita sendiri tak mampu untuk tafsirkan walaupun kita tahu ceritanya. Kerana yang boleh rasa adalah pemiliknya sahaja.

Ketiga: aku belajar erti kesabaran. Perlu sabar dalam setiap apa yang berlaku. Sama ada kau harus menanti masa yang lama atau pun kau terpaksa sabar dengan setiap kerenah orang yang ada disekeliling kau.

Keempat: kau juga akan mula belajar untuk menghargai. Menghargai apa yang kau ada sepanjang kau dibenarkan hidup diatas bumi pinjaman Allah ini.

Banyak sebenarnya pengajaran yang aku dapat tapi tak terluah. Cuma aku nak pesan "Hargai apa yang kita ada".

Sampai sini sahaja. Bhai semua.

Maaf sebab aku punya ayat tak seindah penulis yang lain.


BBM3410/18: MINGGU 8

Assalammualaikum..



Minggu lapan ne, kerja aku nampak simple tapi sebenarnya susah wei.

Kami satu kelas diwajibkan untuk tangkap gambar Prof semasa Prof sedang berlansung di kaca televisyen dalam tajuk Martabat Bahasa Melayu.

Nampak mudahkan tapi susah wei. Kau kena cari gambar yang cantik-cantik supaya prof kau like gambar tu dekat instagram.

Dan aku nak bangga sikit, eh banyak.

PROF aku LIKEEEEEEE gambar aku. hahaha

Sayang Prof. 

Pesanan mesra untuk Prof:

"Please bagi A dekat kami semua Prof sebab kami dah tahun akhir"

HAHAHAHAHA 

Friday, November 2, 2018

BBM3410/18: KampungKu

Assalammualaikum.

Malas nak cakap banyak tapi aku nak bagi tahu satu je.

Kampungku cantik dan seronok sebab ada pelbagai.

Hehe

Jom tengok. Aku kasi masuk sikit gambar.







BBM3410/18: AKTIVITI PETANG

Assalammualaikum.

Hai semua. Ok aktiviti petang aku kat kampung tak ada lain, aku bermain badminton.

Ok la dari tak lakukan aktiviti apa pun. Ini kira macam mengantikan senaman aku di kolej. Bagi aku janji dapat mengeluarkan peluh untuk menjaminkan lemak tidak tersekat disekala 8. Haha.

Selain mengeluarkan peluh, dapat juga kita merenggankan stress selepas kita bekerja keras mencari bahan FYP. 

Jadi kepada anda semua. Mari la lakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti untuk merehatkan minda.





BBM3410/18: CUTI PERTENGAHAN

Assalammualaikum. 

Hai. Ok la tak nk cerita panjang-panjang sebab minggu ini, minggu cuti.

Tapi cuti-cuti pun masih ada kerja yang diberikan oleh Prof kepada kami iaitu WAJIB tanggap gambar sebanyak 10 gambar sepanjang berada di kampung. 

Selain itu, syarat juga diberikan kepada kami. Dimana setiap gambar mesti diletakan hastag yang telah dipilih. Antaranya:

#BBM3410
#ProfDrN
#200Quotes
#Minggu8
#KampungKu
#mestiletakayatkelakar

Banyakkan? Nasib la aku ini pelajar baik. Jadi aku lakukan yang terbaik. HAHA.

Ok itu sahaja dari aku. Bhai semua. 

BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...