Thursday, November 8, 2018

BBM3410/18: PERISTIWA

Assalammualaikum semua..



Ok la aku nak cerita sikit dekat sini.

Dua hari lepas aku kena teman sorang kawan aku untuk pergi ke Hospital Serdang.

Cerita dia bermula seperti ini, mula-mula dia ajak aku teman pergi PKU je sebab dia tak sihat tapi tak sangka pula dia dapat surat dari PKU untuk pergi ke hospital serdang.

Waktu tu perasaan aku n kawan aku lagi sorang tu punya la debar sebab risau apa yang jadi. Kami saling berpandangan sebab cuak. Pergi sana pun terus ke Wad Kecemasan. Woo sapa je tak cuakkan? tambahan lagi, kawan kau kod dan kau pulak driver dia. Lagi la aku cuak.

Lepas itu, sampai je dekat sana, kawan aku kena lalui pelbagai proses. Seperti ambil darah. Mula itu, aku boleh tenang lagi sebab bagi aku adat la ambil darah tu. Tapi lepas fasa pertama habis, kawan aku kena lalui fasa kedua, masa itu kau tak payah cakap la. Aku terus diam jap. Sebab nak bagi masuk kejap segala maklumat dalam minda aku. 

Sambil aku tunggu sambil itu la aku perhati orang yang ada. Pelbagai ragam wei. Ada sakit ini, ada sakit itu. Dekat situ je aku mula fikir, apa perasaan setiap pesakit itu? Adakah sedih? Gembira? Hampa? Redho? atau KOSONG?

Hingga la terjadi satu agenda depan mata aku. Yang buatkan aku mula tahu, dalam hidup ini tak semua yang kita sangka itu adalah satu jawapan.. Dan tempat ini la setiap jawapan itu terjawab, di mana, "Kita akan mula sedari siapa yang benar ikhlas ada disisi kita saat kita susah". 

Aku dan kawan aku tambah cuak bila kawan kau lalui pelbagai fasa. Fasa yang paling buat kami debar + cuak adalah waktu dia kena xray. Lama kami tunggu dan tak putus doa kami untuk dia, berharap semuanya baik sahaja. 

Sampai la selesai, kami dapat tahu apa punca sakit dia dan aku apa lagi, macam biasa akan mula bertanya itu dan ini sambil membebel. Sebab kesihatan itu penting. Dan aku harap kau cepat sembuh.

Lama aku tunggu dia dari pagi sampai petang, lebih 6 jam aku menanti kawan aku, dan sepanjang aku tunggu dia. Macam-macam pengajaran yang aku dapat. 

Pertama: tak semua benda yang kita nak lakukan akan jadi seperti kita nak

Kedua: setiap perasaan yang kita rasa juga tak sama dengan semua orang rasa walaupun situasi kita sama. Contohnya, ada sorang pakcik ini aku tengok dia tenang sampai aku sendiri tak dapat tembak apa sebab dia datang ke sini. Sampai la tiba-tiba kawan dia datang dan tanya "macam mana berlaku?". Terus pakcik tu cerita dia tak tahu apa keputusannya sebab anak dia masih di dalam. Dan lepas itu, baru aku tahu pakcik itu tunggu anak dia yang baru kemalangan ngeri. Dekat sini aku nampak, pakcik itu sedang berperang dengan perasan dia, mungkin dia sedih tapi dia ambil keputusan berdiam atau lebih kepada redho. Jadi setiap rasa itu, kita sendiri tak mampu untuk tafsirkan walaupun kita tahu ceritanya. Kerana yang boleh rasa adalah pemiliknya sahaja.

Ketiga: aku belajar erti kesabaran. Perlu sabar dalam setiap apa yang berlaku. Sama ada kau harus menanti masa yang lama atau pun kau terpaksa sabar dengan setiap kerenah orang yang ada disekeliling kau.

Keempat: kau juga akan mula belajar untuk menghargai. Menghargai apa yang kau ada sepanjang kau dibenarkan hidup diatas bumi pinjaman Allah ini.

Banyak sebenarnya pengajaran yang aku dapat tapi tak terluah. Cuma aku nak pesan "Hargai apa yang kita ada".

Sampai sini sahaja. Bhai semua.

Maaf sebab aku punya ayat tak seindah penulis yang lain.


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...