Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum.

Hai bertemu kita sekali lagi.

Prof aku ne macam-macam. 

Semua media sosial wajib post.

Jawapannya "REDHAAAAAAA"

Hehehehe

Bukti di bawah. Sila tekan untuk lihat bukti. Hoho.







Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalammualaikum

Dalam video tanpa wajah mempunyai bentuk yang berbeza. Seperti:

1) Camera

Camera boleh digerakkan mengikut pergerakkan iaitu boleh dizoomkan kepada bahagian yang ingin dirakam.

2) Barang

Kedua, dalam video tersebut mestilah mmpunyai 1 barang yang menjadi tumpuan atau fokus dalam cerita. Contohnya, tangan, kaki, pisau atau sebagainya. 

3) Jangan rakam wajah.

Dalam video tersebut mestilah dielakkan merakam video kerana video ini tidak memainkan mimik muka.




BBM3410/18: Video One Shot

Assalammualaikum.

Video One shot mempunyai tiga jenis. Antaranya:

1) One Shot One Layer.

Dalam video one shot one layer terdapat perbezaannya. Di mana camera haruslah diletakkan pada satu bahagian sahaja. Ini bermaksud, camera tersebut tidak boleh bergerak. Selain itu, di dalam camera tersebut mestilah ada pergerakkan keluar dan masuk. Hal ini kerana ia membantu menampakkan lagi cara one shot dan setiap pergerakkan haruslah sama iaitu dalam satu kumpulan. 



2) One Shot Two Layer.

Manakala, dalam video one shot two layer. Camera juga perlu diletakkan di satu tempat sahaja tanpa menggerakkan camera. Namun perbezaannya adalah, di hadapan camera memerlukan penyanyai dan di belakang memerlukan pelakon. Pelakon tersebut mesti melakonkan jalan cerita yang membawa maksud bagi lirik lagu. Walau bagaimanapun, pelakon haruslah duduk berkelompok. Contohnya, kelompok A sedang melakon watak mengikut lirik dan kelompok B haruslah beku supaya ia kelihatan two layer. Akhirnya, anda mesti pastikan melakukannya di ruang tertutup seperti dewan, bilik dan sebagainya.


3) One Shot Three Layer.

Kemudian, one shot three layer pula mestilah dilakukan di bahagian terbuka. Hal ini kerana ia memerlukan pergerakkan yang tidak dirancang. Seperti pergerakkan pokok, kereta lalu lalang dan sebagainya. Akhirnya, dalam video tersebut juga mesti dilakonkan mengkuti jalan cerita lirik lagu.





BBM3410/18: Papan Cerita

Assalammualaikum

Papan cerita merupakan satu urutan lakaran yang menceritakan mengenai urutan isi kandungan yang ada di dalam papan cerita.

Cara-caranya

1) Pertama, sebelum melakukan lakaran pada papan cerita. Mestilah mempunyai satu idea dan idea tersebut haruslah mempunyai satu produk sahaja. Ini kerana lukisan yang akan diceritakan akan dilukis mengikut urutan.

2) Pada muka surat pertama dalam papan cerita tersebut mestilah diletakkan tajuk. Contoh bagi e-majalah tudung. Tajuk yang diletakkan mestilah bersesuaian. Seperti Gadis-gadis. Tajuk mampu memudakan pembaca untuk mengetahui isi kandungannya.

3) Selepas itu, pada muka surat kedua mestilah diletakkan sidang redaksi iaitu mesti mempunyai kata-kata pengarang, nama bagi setiap jawatan dan sebagainya.

4) Seterusnya setiap muka surat mestilah letakan gambar mengikut tema yang dipilih.

5) Akhirnya, pada muka surat terakhir mestilah diletakan laman web, nombor telefon dan blog untuk dihubungi. Ini kerana ia memudahkan pembaca untuk meletakkan iklan-iklan.

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalammualaikum.

Hari ini saya akan mula kan cerita mengenai cara-cara melakukan asas grafik.

Cara-caranya.

1) Anda mesti sediakan gam, majalah, pencil, pembaris dan mounting board.
Jangan lupa, mounting board mesti di sediakan lebih daripada satu iaitu empat atau lima. Selain itu, saiz mounting board hanya bersaiz A4 sahaja.

2)  Selepas itu, majalah pula mestilah berkulitkan glossy. Ini kerana majalah tersebut memainkan peranan dalam menaikan lagi gambar yang dipilih dan kelihatan licin.

3) Setiap pilihan gambar, haruslah dipilih mengikut lima asas grafik iaitu teks, mudah, kesesuaian, warna dan keseimbangan. Setiap bentuk asas grafik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri iaitu:


a) Teks

Asas grafik teks adalah seperti di dalam gambar yang dipilih mestilah mempunyai teks. Namun, teks yang harus dipilih adalah mempunyai sebanyak 5 atau 20 patah perkataan sahaja. Hal ini kerana teks tersebut tidak akan menganggu pemandangan dibelakang iaitu tidak akan menutupi gambar yang ingin ditonjolkan.



b) Mudah.

Mudah merupakan teknik bagi bentuk asas grafik yang kedua iaitu gambar yang dipilih adalah jelas dan mudah difahami apa yang ingin di sampaikan melalui gambar tersebut. Seperti gambar yang ingin ditonjolkan mestilah mudah difahami oleh pembaca iaitu gamabar dapur, haruslah diletakkan dengan suasana di dapur. Seperti, pingan manggkuk, meja makan, kabinet dapur, dapur gas dan sebagainya.


c) Kesesuaian.

Asas grafik bagi kesesuaian adalah gambar tersebut mestilah bersesuaian dengan pemandangan yang dipilih. 


d) Warna.

Warna bagi asas grafik adalah setiap gambar yang ingin dipaparkan haruslah mempuyai satu titik warna yang menonjol daripada pemandangan. Contohnya jika gambar tersebut mempunyai pemandangan alam yang penuh dengan warna hijau maka di dalam gambar tersebut mestilah mempunyai satu gamabr warna yang berbeza seperti merah, kuning, hitam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, warna tersebut mestilah lebih menonjol daripada pemandangan.


e) Keseimbangan.

Dalam asas grafik. Keseimbangan gambar adalah gamabar tersebut mestilah seimbang daripada sudut kiri, kanan, depan dan belakang. Keseimbangan gambar tersebut mestilah pemandangan tersebut berada di tengah-tengah. 


4) Seterusnya, gambar yang dipilih mestilah dipotong dengan elok dan ditampalkan di mounting board. Mounting board pula mestilah memberika ruang dibahagaian atas untuk ditebuk bagi memudahkan untuk diikat dengan mounting board yang lain.

Monday, December 3, 2018

BBM3410/18 : Twitter

Assalammualaikum. 

Aku tak tahu la apa lagi yang prof aku nak.

Tengah sibuk-sibuk pita ne prof oiii..

Tapi saya turutkan juga perintah..

Harap dapat A..

Kalau prof tak bg saya A..

Tahun depan tak sempat prof nk hidang kuih raya kat tetamu, sy dah habiskan..

Sebab saya akan bertapa di rumah prof untk habiskan kuih raya..

Hahaha.

Ada 4 post ok profff..

Bukti di bawah..

Hehe..








Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Kelas Online

Assalammualaikum

Hai semua.

Ok la tugas online yang saya dan kawan kelas kena buat adalah dengan merakam video sendiri semasa buat adobe photoshop.

Dalam video tersebut diwajibkan untuk saya menunjukan cara-cara buat kalender. 

Jadi jom la pakat ramai-ramai tonton.

Hehe.


BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...