Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalammualaikum.

Hari ini saya akan mula kan cerita mengenai cara-cara melakukan asas grafik.

Cara-caranya.

1) Anda mesti sediakan gam, majalah, pencil, pembaris dan mounting board.
Jangan lupa, mounting board mesti di sediakan lebih daripada satu iaitu empat atau lima. Selain itu, saiz mounting board hanya bersaiz A4 sahaja.

2)  Selepas itu, majalah pula mestilah berkulitkan glossy. Ini kerana majalah tersebut memainkan peranan dalam menaikan lagi gambar yang dipilih dan kelihatan licin.

3) Setiap pilihan gambar, haruslah dipilih mengikut lima asas grafik iaitu teks, mudah, kesesuaian, warna dan keseimbangan. Setiap bentuk asas grafik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri iaitu:


a) Teks

Asas grafik teks adalah seperti di dalam gambar yang dipilih mestilah mempunyai teks. Namun, teks yang harus dipilih adalah mempunyai sebanyak 5 atau 20 patah perkataan sahaja. Hal ini kerana teks tersebut tidak akan menganggu pemandangan dibelakang iaitu tidak akan menutupi gambar yang ingin ditonjolkan.



b) Mudah.

Mudah merupakan teknik bagi bentuk asas grafik yang kedua iaitu gambar yang dipilih adalah jelas dan mudah difahami apa yang ingin di sampaikan melalui gambar tersebut. Seperti gambar yang ingin ditonjolkan mestilah mudah difahami oleh pembaca iaitu gamabar dapur, haruslah diletakkan dengan suasana di dapur. Seperti, pingan manggkuk, meja makan, kabinet dapur, dapur gas dan sebagainya.


c) Kesesuaian.

Asas grafik bagi kesesuaian adalah gambar tersebut mestilah bersesuaian dengan pemandangan yang dipilih. 


d) Warna.

Warna bagi asas grafik adalah setiap gambar yang ingin dipaparkan haruslah mempuyai satu titik warna yang menonjol daripada pemandangan. Contohnya jika gambar tersebut mempunyai pemandangan alam yang penuh dengan warna hijau maka di dalam gambar tersebut mestilah mempunyai satu gamabr warna yang berbeza seperti merah, kuning, hitam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, warna tersebut mestilah lebih menonjol daripada pemandangan.


e) Keseimbangan.

Dalam asas grafik. Keseimbangan gambar adalah gamabar tersebut mestilah seimbang daripada sudut kiri, kanan, depan dan belakang. Keseimbangan gambar tersebut mestilah pemandangan tersebut berada di tengah-tengah. 


4) Seterusnya, gambar yang dipilih mestilah dipotong dengan elok dan ditampalkan di mounting board. Mounting board pula mestilah memberika ruang dibahagaian atas untuk ditebuk bagi memudahkan untuk diikat dengan mounting board yang lain.

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...