Saturday, October 27, 2018

BBM3410/18: CUTI WOI

Assalammualaikum.

Ha sekarang untuk kami bagi pelajar ini, sedang bercuti selama seminggu setelah lama memerah otak untuk menambahkan ilmu. Jadi kepada semua rakan-rakan seperjuagan saya. Selamat bercuti dan semoga selamat pulang. Bye.



BBM3410/18: STRESS

Assalammualaikum. 



Hai warga blog semua. Aku stress untuk minggu ini bila aku dapat tahu fyp atau dikenali Projek Tahun Akhir aku dah kena masukan markah. Sob sob sob. Kena sabar banyak. 

Itu sahaja dari aku. Tak boleh nak taip banyak-banyak sebab aku stress. hehe. Bye.

BBM3410/18: MINGGU 7

Assalammualaikum.

Pada minggu ini, aku diberikan tugas untuk belajar adobe photoshop untuk buat kalender. 

Selepas itu, aku dan kumpulan aku diminta untuk membuat one shot dengan memilih satu lagu dan mengikut kreativiti setiap kumpulan.

Sekian itu sahaja daripada aku.

Bye.

Tuesday, October 16, 2018

BBM3410/18: Twitter

Assalammualaikum. Ha aku nak cerita sikit yang aku sekarang ini dah ada twitter. Sebelum ini, ramai kawan-kawan ajak buat twitter, aku pangkah sekeras-kerasnya sebab tak berminat main dengan twitter. Tapi aku kalah juga bila aku dipaksa tanpa rela untuk buat twitter ini demi tugasan. Jadi dah ada ini, aku nak promosi besar-besaran twitter aku. Haha. Mari la pakat ramai-ramai kita kasi follow ini twitter. Kasi meriah sikit twitter aku. Mana tahu, korang follow aku, terus aku jadi hantu Twitter 24 jam. Haha. Jom jom jom!!!



Pakat ramai-ramai follow twitter aku di atas. Haha. Kita kasi meriah sikit. Bukan masa raya je nak meriah. Hari-hari pun perlu ada. So apa lagi, jom serbu follow. Haha


BBM3410/18: Queridaku

Assalammualaikum.


Ha mari sini saya nak cerita sikit tentang Querida saya ini. Mesti korang tertanya-tanyakan apa makna Querida itu?, apa benda Querida itu. Ha, kalau korang nak tahu, Querida ini benda kedua la yang aku sayang selepas Baby Blue aku. Sebab apa aku sayang, sebab ini amanah yang keluarga aku bagi aku untuk aku pakai sepanjang aku ada lesen. Hehe. Querida ini, aku jaga macam diri aku. Sebab aku jenis sayang harta benda yang ada dekat dengan aku. Bila cukup masa, aku akan pastikan Querida aku ne masuk "Klinik" untuk kesihatan dia. Bagi tacap cantik luar dan dalam. 

Tapi nak cepatkan cerita, Querida aku ne dah dilanggar orang yang tak bertanggungjawab. Dah langgar, lari pulak itu. Masa itu, punya la aku rasa kosong. Hati jadi panas sebab tengak calar. Sambil rasa nak marah itu, ada la rasa nak nangis tapi tahan la beb, malu orang tengok. Haha. Lepas itu, jenuh la aku cari mana orang yang langgar Querida aku itu. Sebab dia langgar masa parking. Perghh pedih beb, tambah lagi, kau tak jumpa pulak orangnya. Nak atau tak nak, kau pun cari tepun dan mula la sesi cerita kau kat mak kau. Nak tepun ayah kau, memang tak la. Karang hati kau sedih sbb kes langgar lari, tambah sedih telinga kau kena bebel. Haha. Tapi tak lama rahsianya. Lepas itu, bocor juga. Dan semestinya kau juga yang akan dipersalahkan sebab apa, sebab semua ini "TANGGUNGJAWAB" kita sebagai pemiliknya. 

Ha penat-penat korang bacakan, meh sini aku bagi tau. Querida itu maksudnya SAYANG. Kenapa aku pilih nama itu? Sebab aku rasa sesuai dengan dia. Hehe. Lepas itu, Querida itu pulak sebenarnya Kereta aku yang berwarna biru. Hehe. Kecil tapi berbisa sebab kau mampu merempit denganya. Hehe


Ini la kesan pelanggaran itu. Walaupun nampak sikit. Tapi bila kita sayang. Sakitnya kita saja yang tahu. Huhu. Ok la sampai sini saja coretan aku tentang Querida aku ne. Jumpa lagi di lain hari. hehe. Bye. 

BBM3410/18: Minggu Keenam (Simpulan Bahasa)

Assalammualaikum. Berjumpa lagi kita pada minggu ini. Hari ini merupakan minggu keenam saya dalam menjalankan kuliah di UPM. Pada minggu kelima ini, saya dan kumpulan saya diberikan tugas fotografi sekali lagi dengan menggunakan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang dipilih adalah sebanyak 10 simpulan bahasa, ini bermakna setiap kumpulan seharusnya mempunyai 10 keping gambar. 

Setiap gambar tersebut mestilah menunjukan makna bagi simpulan bahasa tersebut. Selepas itu, setiap gambar mestilah diletakan di dalam Power Point dan dimasukan lagu serta diuploadkan di dalam youtube kumpulan. Antaranya:


Panjang Tangan


Pasang Telinga


Anak Emas


Kaki Bangku


Cuci Mata


Panas Baran


Perang Mulut


Gulung Tikar


Mata Duitan

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Cameron Highland.

Assalammualaikum. 

hai semua. saya ingin berkongsikan mengenai kenangan saya semasa saya bercuti di Cameron Highland. Saya mula bercuti selama 3 hari 2 malam. Di sana, suasananya sangat indah. Kesejukannya mampu membuatkan kita merasa tenang. selain itu juga, di sana mempunyai pelbagai tempat untuk berkunjung. 

Tempat pertama saya lewati adalah taman aiskrim. Di taman tersebut mempunyai pelbagai jenis perisa aiskrim yang mampu membuatkan anda-anda semua terliur. Bukan itu sahaja, tempat tersebut juga ada menyediakan pelbagai jenis kek yang menggunakan bahan utamanya adalah dari strawberi. 

Seterusnya, tempat yang kedua saya lawati adalah taman lavender. Di sana juga terdapat pelbagai jenis bunga lavender yang sangat segar. Bahkan, di dalam taman bunga tersebut mempunyai pelbagai gerai jualan yang menggunakan bahan utamanya daripada lavender. Akhir sekali, taman lavender juga mempunyai tempat gantung kunci hati untuk setiap pengunjung bagi meninggalkan kenangan di sana.

Tempat yang terakhir yang paling saya minati adalah pasar panjang di tanah rata. Keadaan di sana sangat mengembirakan saya walaupun keadaanya sesak dengan pelbagai ragam manusia. Saya amat meminati pasar panjang kerana saya seorang yang amat menyukai makanan. Di pasar panjang tersebut, terdapat pelbagai jenis aneka makanan. Akhir sekali, tidak lupa juga di sana terdapat pelbagai jenis jualan untuk buah tangan. Antaranya, bantal berasaskan strawberi, baju, beg dan sebagainya. 





BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...