Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Cameron Highland.

Assalammualaikum. 

hai semua. saya ingin berkongsikan mengenai kenangan saya semasa saya bercuti di Cameron Highland. Saya mula bercuti selama 3 hari 2 malam. Di sana, suasananya sangat indah. Kesejukannya mampu membuatkan kita merasa tenang. selain itu juga, di sana mempunyai pelbagai tempat untuk berkunjung. 

Tempat pertama saya lewati adalah taman aiskrim. Di taman tersebut mempunyai pelbagai jenis perisa aiskrim yang mampu membuatkan anda-anda semua terliur. Bukan itu sahaja, tempat tersebut juga ada menyediakan pelbagai jenis kek yang menggunakan bahan utamanya adalah dari strawberi. 

Seterusnya, tempat yang kedua saya lawati adalah taman lavender. Di sana juga terdapat pelbagai jenis bunga lavender yang sangat segar. Bahkan, di dalam taman bunga tersebut mempunyai pelbagai gerai jualan yang menggunakan bahan utamanya daripada lavender. Akhir sekali, taman lavender juga mempunyai tempat gantung kunci hati untuk setiap pengunjung bagi meninggalkan kenangan di sana.

Tempat yang terakhir yang paling saya minati adalah pasar panjang di tanah rata. Keadaan di sana sangat mengembirakan saya walaupun keadaanya sesak dengan pelbagai ragam manusia. Saya amat meminati pasar panjang kerana saya seorang yang amat menyukai makanan. Di pasar panjang tersebut, terdapat pelbagai jenis aneka makanan. Akhir sekali, tidak lupa juga di sana terdapat pelbagai jenis jualan untuk buah tangan. Antaranya, bantal berasaskan strawberi, baju, beg dan sebagainya. 





No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...