Tuesday, October 16, 2018

BBM3410/18: Queridaku

Assalammualaikum.


Ha mari sini saya nak cerita sikit tentang Querida saya ini. Mesti korang tertanya-tanyakan apa makna Querida itu?, apa benda Querida itu. Ha, kalau korang nak tahu, Querida ini benda kedua la yang aku sayang selepas Baby Blue aku. Sebab apa aku sayang, sebab ini amanah yang keluarga aku bagi aku untuk aku pakai sepanjang aku ada lesen. Hehe. Querida ini, aku jaga macam diri aku. Sebab aku jenis sayang harta benda yang ada dekat dengan aku. Bila cukup masa, aku akan pastikan Querida aku ne masuk "Klinik" untuk kesihatan dia. Bagi tacap cantik luar dan dalam. 

Tapi nak cepatkan cerita, Querida aku ne dah dilanggar orang yang tak bertanggungjawab. Dah langgar, lari pulak itu. Masa itu, punya la aku rasa kosong. Hati jadi panas sebab tengak calar. Sambil rasa nak marah itu, ada la rasa nak nangis tapi tahan la beb, malu orang tengok. Haha. Lepas itu, jenuh la aku cari mana orang yang langgar Querida aku itu. Sebab dia langgar masa parking. Perghh pedih beb, tambah lagi, kau tak jumpa pulak orangnya. Nak atau tak nak, kau pun cari tepun dan mula la sesi cerita kau kat mak kau. Nak tepun ayah kau, memang tak la. Karang hati kau sedih sbb kes langgar lari, tambah sedih telinga kau kena bebel. Haha. Tapi tak lama rahsianya. Lepas itu, bocor juga. Dan semestinya kau juga yang akan dipersalahkan sebab apa, sebab semua ini "TANGGUNGJAWAB" kita sebagai pemiliknya. 

Ha penat-penat korang bacakan, meh sini aku bagi tau. Querida itu maksudnya SAYANG. Kenapa aku pilih nama itu? Sebab aku rasa sesuai dengan dia. Hehe. Lepas itu, Querida itu pulak sebenarnya Kereta aku yang berwarna biru. Hehe. Kecil tapi berbisa sebab kau mampu merempit denganya. Hehe


Ini la kesan pelanggaran itu. Walaupun nampak sikit. Tapi bila kita sayang. Sakitnya kita saja yang tahu. Huhu. Ok la sampai sini saja coretan aku tentang Querida aku ne. Jumpa lagi di lain hari. hehe. Bye. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...