Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Cameron Highland.

Assalammualaikum. 

hai semua. saya ingin berkongsikan mengenai kenangan saya semasa saya bercuti di Cameron Highland. Saya mula bercuti selama 3 hari 2 malam. Di sana, suasananya sangat indah. Kesejukannya mampu membuatkan kita merasa tenang. selain itu juga, di sana mempunyai pelbagai tempat untuk berkunjung. 

Tempat pertama saya lewati adalah taman aiskrim. Di taman tersebut mempunyai pelbagai jenis perisa aiskrim yang mampu membuatkan anda-anda semua terliur. Bukan itu sahaja, tempat tersebut juga ada menyediakan pelbagai jenis kek yang menggunakan bahan utamanya adalah dari strawberi. 

Seterusnya, tempat yang kedua saya lawati adalah taman lavender. Di sana juga terdapat pelbagai jenis bunga lavender yang sangat segar. Bahkan, di dalam taman bunga tersebut mempunyai pelbagai gerai jualan yang menggunakan bahan utamanya daripada lavender. Akhir sekali, taman lavender juga mempunyai tempat gantung kunci hati untuk setiap pengunjung bagi meninggalkan kenangan di sana.

Tempat yang terakhir yang paling saya minati adalah pasar panjang di tanah rata. Keadaan di sana sangat mengembirakan saya walaupun keadaanya sesak dengan pelbagai ragam manusia. Saya amat meminati pasar panjang kerana saya seorang yang amat menyukai makanan. Di pasar panjang tersebut, terdapat pelbagai jenis aneka makanan. Akhir sekali, tidak lupa juga di sana terdapat pelbagai jenis jualan untuk buah tangan. Antaranya, bantal berasaskan strawberi, baju, beg dan sebagainya. 





BBM3410/18: Lima Orang Gila

Assalammualaikum.

Hari ini saya akan mulakan cerita tentang empat orang sahabat saya. Saya mula mengenali mereka di Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka merupakan sahabat yang sangat membantu saya di saat saya suka, duka, jatuh dan bangun dengan setiap cara mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai peragai yang tersendiri yang mampu menambat hati saya untuk terus mempercayai mereka.

Seterusnya, mereka mempunyai peragai "gila-Gilla" yang tak mampu untuk saya elak daripada kehidupan saya. Setiap tingkah laku mereka mampu membuatkan saya ketawa tanpa henti malah mampu juga membuatkan saya mengenal erti persahabatan. Mereka juga sangat membantu saya dalam setiap langkah saya dengan selalu memberikan "cerita dongeng" yang mampu membuatkan saya terus melangkah demi meneruskan perjuangan di UPM.

Akhir sekali, saya sentiasa berharap mereka juga berjaya di masa hadapan dan tak akan pernah lupa tentang tali persahabatan kami. 

BBM3410/18: Minggu Kelima

Assalammualaikum.

Bertemu lagi kita di blog saya. Hari ini saya akan mula menceritakan mengenai ilmu baru saya. Di mana saya dan kumpulan saya di minta untuk menangkap gambar menggunakan empat bentuk fotografi. Seperti FlatLay, Halft FlatLat, Quater FlatLay, dan Zero FlatKLay. 

Selain itu juga, setiap bentuk fotografi tersebut, mestilah mempunyai lima jenis tema yang berbeza. Seperti, travel, gadget, food, stationery, dan makeup. Seterusnya, setiap tema mestilah mempunyai gambar yang berbeza iaitu sebanyak 20 keping gambar mengikut bentuk fotografi. Akhir sekali, setiap gambar tersebut mestilah dimasukan ke dalam instagram masing-masing dan mestilah di letakkan kapsyen yang tersendiri. 




Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: Minggu Keempat

Assalammualaikum

pada minggu keempat bersamaan dengan 3/10/2018, saya telah diberikan tugas dengan membuat blog iaitu perlu mencari follower sebanyak 30 orang. Selain itu, saya juga diberikan tugas di dalam putrablast dan perlu diemailkan kepada email Prof Dr Normaliza. Kerja tersebut adalah mengenai media sosial iaitu media mana yang saya gunakan. Seterusnya, saya juga perlu memberikan sedikit pendapat saya mengenai media sosial yang saya guna dan perlu menjelaskan media sosial mana yang paling banyak saya gunakan dalam pembelajaran saya.

Saya memilih media sosial social networks. Dalam media sosial tersebut saya pilih kerana untuk mencari banyak maklumat mengenai kerja kursus saya sepanjang saya belajar di UPM.

BBM3410/18: Fotografi

Assalammualaikum

Saya dan kawan-kawan saya telah diberikan tugas mengenai fotografi. Kami diberikan tugas sebanyak 6 bentuk gambar yang memerlukan setiap 1 bentuk gambar sebanyak 3 keping. Antaranya seperti mug shot, Long shot, Medium shot, potrait shot, bird's eye view dan over the shoulder. Seterusnya, setiap gambar tersebut mestilah di muat naik ke dalam instagram.


Sebelum di muat naik ke dalam instagram, saya perlu membuat 5# hastag. Setiap #hastag perlulah mempunyai #hastag sendiri. Seperti: 

#BBM3410Fotografi
#200Quotes
#ProfDrN
#Bentukfotografi
#Ayatkelakar

Dalam setiap kerja tersebut mestilah dibuat di dalam kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan mestilah mempunyai seramai 10 orang. 




BBM3410/18: Minggu Ketiga

Assalammualaikum.

Pada minggu ketiga, saya telah mengikuti aktiviti program makanan tradisional. Dalam program tersebut saya diberikan tugas. Melalui tugas tersebut saya mesti bergambar di setiap sudut sepanjang mengikuti program tersebut. Gambar yang perlu di ambil adalah sebanyak 10 keping. Di setiap gambar perlulah mempunyai asas grafik yang di ajar. Selain itu, setiap gambar perlulah mempunyai diri sendiri di dalamnya.

Akhir sekali, pesta makanan tersebut diadakan di Muzium Warisan, FBMK. Bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. 

Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Minggu Kedua

Assalammualaikum. 

Pada minggu kedua iaitu 19/9/2018 bersamaan hari rabu, saya telah diberikan tugas bersama dengan kumpulan saya untuk membuat asas grafik dengan memilih gambar melalui majalah. Gambar yang dipilih mestilah mempunyai lima asas grafik. Terdapat lima bentuk asas grafik iaitu teks, mudah, kesesuaian, warna, dan keseimbangan. 

Sewaktu melakukan tugas tersebut, terdapat beberapa syarat yang harus diikuti. Antaranya, memastikan ukuran lubang untuk di ikat menggunakan reben adalah sama saiz. selain itu juga, saiz mounting board bagi kiri dan kanan juga mestilah sama saiz ukurannya supaya gambar tersebut kelihatan cantik. Mounting board juga mestilah bersaiz A4. Seterusnya, selepas siap kesemuanya,saya dan ahli kumpulan perlu menangkap gambar setiap kerja dan dipostkan di media sosial iaitu "instagram". Akhir sekali,kerja tersebut mestilah dihantar pada pukul 2:00 petang bertarikh 19/9/2018.








BBM3410/18 : FACEBOOK

Assalammualaikum. Hai bertemu kita sekali lagi. Prof aku ne macam-macam.  Semua media sosial wajib post. Jawapannya "R...